Dunia gagal selamat rakyat Palestin - Dr. Jemilah
10/01/2009 4:43pm
KUALA LUMPUR 10 Jan. — Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan pemimpin dunia telah gagal untuk menyelamatkan rakyat Palestin daripada keganasan rejim Israel, kata Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Jemilah Mahmood.
Beliau yang baru pulang dari Rafah, Mesir berkata keganasan dan pembunuhan yang dilakukan tentera Israel melambangkan kegagalan politik dunia untuk menanganinya.
Di sini perlu ada sikap bertanggungjawab, tambahnya.
“Kita menyaksikan bagaimana pesakit kanak-kanak yang ditembak di kepala oleh penembak curi. Kita boleh katakan bahawa apabila bangunan dibom, ia merupakan kemusnahan kolateral. Tetapi bila kanak-kanak dijadikan sasaran dengan menembak mereka di dada dan kepala, ia bukan pula merupakan kemusnahan kolateral.
“Jadi saya fikir, pemimpin dunia perlu bertanggungawab di atas perkara yang terjadi. Kita perlu menjadikan Majlis Keselamatan PBB sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab.
“Sentimen ini telah saya suarakan kepada PBB dan perlu ada siasatan bebas terhadap pengeboman dua buah sekolah, di kem pelarian di Jabaliya dan sekolah rendah Asma di bandaraya Gaza,” kata beliau.
Menurut Dr Jemilah, tiga daripada 10 orang mangsa merupakan kanak-kanak dan hanya kira-kira 200 pesakit yang dibenarkan menyeberangi sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, yang 10 peratus daripada mereka cedera parah.
“Kita menyaksikan lebih 3,000 orang tercedera dan hampir 800 orang terbunuh.
Kita melihat kenderaan ambulans Mesir beratur di sempadan untuk usaha menyelamat. Malangnya apabila mereka masuk dan keluar semula membawa mangsa, kebanyakannya adalah berupa mayat, kerana ramai yang lain tidak sempat di selamatkan, katanya.
Dr Jemilah yang kelihatan letih berikutan kunjungannya itu, berkata penduduk Gaza sangat-sangat memerlukan bantuan perubatan selain kain selimut, makanan, bahan api dan keperluan lain.
“Mereka memerlukan lebih ramai doktor dan petugas perubatan,” katanya.
Menceritakan pengalaman dalam misinya itu, beliau berkata ramai para doktor dan pekerja perubatan yang keletihan kerana tidak berpeluang berehat akibat sentiasa sibuk membantu mangsa sejak serangan berlaku.
Mercy Malaysia katanya, bercadang mendapatkan empat buah ambulans, lebih banyak bekalan darah dan ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.
“Semalam sembilan orang doktor dari negara lain dibenarkan memasuki Gaza.
Bagi pihak kita, kita mempunyai 20 orang doktor yang kebanyakannya doktor bedah yang bersiap sedia untuk memasuki Gaza,” kata Dr Jemilah.
Katanya Mercy Malaysia telah menghantar 45 hingga 50 tan bekalan perubatan dalam lima buah trak.
Beliau berkata penduduk Palestin turut menghadapi ancaman wabak penyakit.
“Tidak terdapat bekalan air bersih dan elektrik. Sistem pembuangan telah musnah sementara perkhidmatan kesihatan hampir lumpuh. Terdapat seorang kanak-kanak yang mengalami cirit-birit selama sebulan,” katanya.
Petronas hari ini dilaporkan turut menyumbang kira-kira RM1 juta kepada Tabung Bantuan Palestin Mercy Malaysia.
— BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan